Friday, October 9, 2009

Mat Isa akan jadi MB, kiranya menang?

7 Kesalahan ISA SAMAD - Bagan Pinang
#fullpost{display:inline;}
Tinggal 24 jam lagi untuk rakyat membuat perhitungan, sama ada memilih Zulkefly Mohamad Omar yang dikenali sebagai peribadi yang bersih.
Atau memilih seorang bekas Menteri Besar selama 22 tahun yang dipalitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah penyalahgunaan kuasa.
Berikut adalah beberapa pendedahan yang telahpun dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi langsung tidak dijawab oleh Tan Sri Mohd Isa Samad
1. 6 tahun penaiktarafan jalan utama Telok Kemang - Pasir Panjang sepanjang 24km terbengkalai.
2. Perparitan dan sistem kumbahan yang gagal berfungsi dengan baik mengakibatkan banjir serta bau busuk, terutama selepas musim hujan.
3. Projek pembangunan terbengkalai, menjadi sarang penagihan.
4. SWM yang gagal mengutip sampah mengikut jadual menjadikan Masalah sampah-sarap dan bau busuk
5. Bandar Pembiakan Lalat dan nyamuk
6. Sebanyak lebih 20 ekar Tanah Rizab Melayu telah dijualkan kepada beberapa hotel pada era Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Besar.
7. Taman Intan Perdana adalah Tanah wakaf yang dicadangkan menjadi kawasan perkuburan Islam telah dijual kepada pemaju secara haram.
Ketujuh-tujuh dakwaan tersebut sudah mejadi rahsia umum calon PAS Tan Sri Mohd Isa Abdul Saad.
Ketujuh-tujuh pendedahan tersebut menjadikan Isa senantiasa dalam sindrom kemaafan, walaupun Umno sedaya upaya cuba mengangkat calon pertaruhan mereka juga.

ceramah bagan pinang

SABTU 10 OKTOBER 2009
1) 5.30 – 6.30 PTG – PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT ESTET
LOKASI – PEKAN SILIAU
TURUT BERSAMA –1) YB ANWAR IBRAHIM2) YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS3) YBHG DATUK SS SUBRAMANIAM4) YB RAVI5) YB S MANIKUMAR6) YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)—–2) 7.00 – 8.30 MALAM – SOLAT DAN KULIAH MAGRIB
LOKASI – SURAU BANDAR SENGGALA(BELAKANG HOSPITAL BESAR)—–3) 9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA
LOKASI – NO 44, DESA RUSA 1, TAMAN DESA RUSBATU 4, JALAN PANTAI, TELUK KEMANG, PD(RUMAH YUSOF NGAH)
PENCERAMAH –1) YB ANWAR IBRAHIM2) YBHG MOHAMAD SABU3) YB FAUZIAH SALLEH4) YB DATUK KAMARUL BAHRIN ABBAS5) YBHG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)
——4) 9.00 – 12.00 MLM – GRAND FINALE
LOKASI – NO 447, DERETAN KEDAI TAMAN PD UTAMA, PD
PENCERAMAH –1) YB ANWAR IBRAHIM2) YB SAIFUDDIN NASUTION3) YB ANTHONY LOKE4) YB SALAHUDIN AYUB5) SDR ZULKEFLY MOHAMAD OMAR (CALON)——-dikeluarkan oleh : PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

tinggalkan BN

Sah. 279 bekas ahli UMNO telah menyertai PKR di DUN Bagan Pinang malam ini.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Azhar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal.

Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar.

Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam tadi semasa ceramah di markaz Ulama'.

BN - Bencikan Najib, loporan Polis

http://nmjnh.wordpress.com/2009/10/10/prk-n31-bagan-pinang-media-perdana-bohong-lagi-pas-telah-buat-5-laporan-polis/
BB

Graf BN merundum jatuh?

Menjelang pilihan raya Bagan Pinang yang amat penting untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, graf sokongan kepada beliau turun menjunang.
Menurut poll terbaru yang dibuat oleh Merdeka Centre yang diedarkan hari ini, tahap sokongan kepada Najib turun 9 peratus dalam masa empat bulan berbanding dengan bulan Jun lalu.
Jun lalu, tahap sokongan kepada Najib adalah 65 peratus manakala poll terbaru mendapati tahap sokongan kepada beliau turun kepada 56 peratus sahaja, lapor laman web The Malaysian Insider.
Poll yang dibuat sempena enam bulan Najib menjadi Perdana Menteri itu mendapati rakyat tidak berpuashati dengan pencapaian Najib tentang korupsi dan kejadian jenayah yang terus meningkat.
Namun mereka berpuashati dengan usaha Najib untuk memperbaiki sistem pendidikan, pengurusan ekonomi dan kecekapan kerajaan.
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati, jumlah orang yang tidak berpuashati dengan Najib juga meningkat dari 22 peratus Jun lalu kepada 23 peratus sekarang ini.
Poll ini dibuat melalui perbualan telefon yang dibuat kepada 1027 respondan yang dipilih secara rawak. Ia dijalankan pada 4-14 September lalu.
60 peratus respondan adalah Melayu, 30 peratus Cina dan sembilan peratus India.
Dalam pada itu, untuk pilihan raya ini, Najib berkata, BN tidak kesah dengan berapa jumlah majoriti yang bakal dicapai oleh calonnya di Bagan Pinang.
Yang penting adalah kemenangan, kata beliau kepada para wartawan.
Berbanding dengan pilihan raya sebelum ini, Presiden Umno menyerahkan sepenuhnya operasi pilihan raya kepada timbalannya.
Namun, untuk pilihan raya Bagan Pinang, Najib didapati terlibat secara aktif termasuk hadir ke kawasan pilihan raya di hari calon BN diumumkan.
Beliau juga membuat ulasan dari masa ke semasa tentang pilihan raya kecil ini.
Menurut sumber, pemilihan Tan Sri Mohamad Isa juga dibuat oleh beliau secara pribadi kerana beberapa kenyataan yang dibuat timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini membayangkan beliau tidak bersetuju dengan Isa. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan pemilihan Isa.

Undi POS.....siapa pemangkahnya?

Aku mendapat tahu melalui teman aku yang bertugas di pengkalan laut Lumut bahawa anggota tentera akan berada di sesebuah pengkalan tidak melebihi tiga tahun.
Memandangkan kita mempunyai pilihan raya umum setiap lima tahun, berapa ramai anggota akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perpindahan mereka ini? Kenapakah kita mempunyai sebuah sistem bagi undi pos yang begitu bodoh?
Aku tidak mengatakan bahawa undi pos ini perlu dimansuhkan terus-menerus. Undi pos masih lagi diperlukan bagi kes-kes di luar Negara seperti pelajar, kakitangan awam . Apa yang menjadi pemanipulasian ialah anggota tentera dan polis.
Bukankah mereka ini boleh mengundi pada hari pengundian seperti pengundi-pengundi lain dan kemudiannya kembali bertugas?
Berbalik kepada teman aku, Wahid (bukan nama sebenar), ditugaskan di salah sebuah kapal yang berpengkalan di Lumut. Menurut Wahid, di dalam sebuah pentadbiran kapal laut perang, terdapat sekurang-kurangnya empat unit dan setiap unit mempunyai penyelianya yang tertentu. Setiap kapal mempunyai lebih kurang 100 anak kapal dan sekiranya diambil purata, setiap unit mempunyai 40 anak kapal. Setiap anak kapal akan dipindahkan dalam masa tidak melebihi tiga tahun.
Semasa pilihan raya umum tahun 1995, Wahid memberitahu tidak ada anak-anak kapal yang membuat sebarang bantahan. Anak-anak kapal ini tidak mengendahkan status pemilihnya; memeriksa senarai pemilih, menukar tempat pengundian, sama ada ada pihak ketiga mengundi bagi pihak mereka. Maka perkara seperti ini diambil kesempatan oleh pihak yang bertanding untuk melakukan manipulasi.
Perkara seperti ini yang diambil kesempatan oleh pihak yang bertanding untuk melakukan manipulasi. SPR pula, jangan mengambil kesempatan untuk menyalahkan sistem yang pincang.
Aku terbaca cacatan pengalaman Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan bin Kayat melalui blog bertarikh 2 Oktober lalu bersama Pengerusi SPR tidak berapa lama dahulu.
Berikut ialah antara rakaman perbincangan mereka:
Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejar (B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.
Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?
Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.
Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?
Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.
Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.
Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.
Kisah pengalaman Pak Abu tidak banyak bezanya dengan pengalaman Wahid. Bagi pengundi pos yang tidak mengambil kertas undi mereka kerana berpindah, Wahidlah yang akan menyimpannya dan memangkah bagi pihak mereka yang tidak menuntut; dan Wahid pangkah semuanya dacing!
Kisah di Lumut bukannya bermula sejak kisah pengalaman Wahid pada 1995. Pada pilihan raya umum sejak 1990, Lumut sahaja mencatatkan jumlah kertas undi yang tidak dipulangkan sebanyak 2,763 ke 5,486. Angka ini dpersetujui oleh Pengerusi SPR ketika itu.
Di dalam sistem undi pos yang diamalkan, Kit Pengundi Pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2- "Borang Deklarasi Indentiti" yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi. Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang.
Selain itu, pengundian oleh pihak lain tidak dihalang sepenuhnya. Anggota polis dan tentera yang menjalani pengundian pos tidak perlu untuk menandakan kertas undi mereka di pusat pengundian, mereka dibenarkan untuk menandakan kertas undi mereka di mana sahaja dan kemudian memulangkan semula kertas undi tersebut di pusat pengundian, di kem tentera ataupun balai polis. Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila "pihak ketiga" boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula.*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

BN kianati kaum Cina


Bekas ADUN: Isa Samad Khianati Pengundi Cina


Posted by admin
Thursday, 08 October 2009 17:53
(TV Antara) - Di sebalik cubaan UMNO Barisan Nasional yang ghairah menggambarkan populariti dan kualiti calonnya untuk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad, pelbagai pihak mula mendedahkan sebaliknya.
Antara yang tampil adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jimah dari MCA Yap Ah Ping. Beliau menjadi ADUN di kawasan berkenaan dari tahun 1974 sehingga 1986.Ah Ping berkata Isa bersama dengan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Dr Yeow Chai Thiam bertanggungjawab menyeleweng tanah yang diperuntukan untuk penternak dengan menjualnya pada harga terlalu tinggi. Akibat tidak mampu membeli tanah itu, penternak terbabit terpaksa terus menetap di Bukit Pelanduk dan menanggung kesan penularan virus Nipah atau JE Menurutnya beliau mempunyai segala bukti berhubung tindakan Isa yang menyeleweng tanah yang telah diwartakan oleh kerajaan kepada penternak.Tanah berkenaan disediakan kepada penternak dan dijual pada harga RM8500 namun Isa menjual tanah berkenaan dengan harga yang jauh yang lebih tinggi.“Umno tidak tahu apa yang telah dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Isa pernah cakap sebagai Meneteri Besar tidak ada apa perkara pun yang tidak boleh dilakukan sebab itu dia lakukan ikut suka dia termasuk menjual tanah projek ternakan babi bagi mengawal penternakan babi“Belia menjual tanah itu dari harga asal RM8500 seekar kepada harga yang terlalu mahal iaitu RM145000 seekar. Penternak tidak mampu membeli tanah dengan harga yang terlalu tinggi. Isa bertanggungjawab terhadap penularan wabak virus Nipah di Bukit Pelanduk sehingga mengakibatkan 136 orang penternak terkorban,” katanya ketika ditemui TV Antara.Ah Ping berkata tanah seluas 1520 ekar yang diperuntukkan kerajaan kepada penternak dijual Isa kepada Impro Sdn. Bhd. Syarikat berkenaan menjualkan tanah berkenaan kepada Nikmat Maju Sdn. Bhd. yang akhirnya menjualkan tanah berkenaan dengan harga RM145,000 kepada penternak.Menurutnya Isa juga pernah mengadakan pertemuan dengan para penternak pada tahun 1994 dan membidas mereka kerana enggan membeli tanah berkenaan pada harga berkenaan. Menurutnya sejak kejadian serangan wabak berkenaan Isa tidak lagi berani pergi ke kawasan berkenaan Beliau berkata akhirnya tanah seluas 3000 ekar yang merupakan kawasan ternakan asal dan 1520 ekar tanah di kawasan ternakan baru terabai.Penutupan ladang babi di Bukit Pelanduk juga menjadikan kawasan berkenaan terkebelakang lebih 30 tahun berbanding dahulu kerana tiada kegiatan ekonomi. “Dari peristiwa ini semua penduduk tidak mempunyai kerja. Ada yang berpindah ke bandar-bandar. Mereka tidak tahu melakukan pekerjaan lain selain daripada menternak babi. Ini membawa kepada masalah sosia,” katanya.Ah Ping berkata penternak telah memfailkan saman terhadap Isa di Mahkamah Tinggi Seremban namun sehingga hari ini tiada sebarang perbicaraan dilakukan kerana sering ditangguh.Beliau turut mendedahkan mengenai tindakan Isa menjual lebih 30000 ekar tanah di Negeri Sembilan dari sewaktu beliau menjadi Menteri Besar untuk diberikan kepada kroni-kroninya.“Isa membuat projek dalan negeri hanya untuk kroni-kroni sahaja. Ada seorang dua Tan Sri dan dua tiga orang Datuk. Rakyat biasa tiadak dapat menikmati kemajuan dan faedah sejak beliau menjadi Menteri Besar memimpin kerajaan negeri.“Dia main wayang seolah-oleh mesra . Dia tidak lakukan apa-apa untuk rakyat sebagai Menteri Besar dia hanya jaga kroninya sahaja.“Daripada 1991 hingga 2001 setiap daerah seperti Seremban 6000 ekar, di PD 4000 ekar. Dia telah ambil tanah sehingga 30000 ekar untuk dijual sebab itu dia ramai ‘machai’,” katanya.Mengulas mengenai dakwaan UMNO Barisan Nasional kononnya Isa adalah hero masyarakat di Bagan Pinang Ah Ping berkata pimpinan parti berkenaan tidak mengetahui perilaku sebenar Isa.“Umno tidak tahu apa yang telah dibuat oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini. “Dia memang hero kalau dia bukan hero bagaimana dia berani jual tanah...Buat benda jahat boleh dipanggil hero, bukan hanya lakukan benda baik," kata Ah Ping.

Tolak Parti BN - samseng

Bagan Pinang : PAS Mahukan jawapan Polis, Pengundi Wajib Tolak Parti Samseng

Posted by admin
Saturday, 10 October 2009 11:07
By Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.
Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.
Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.
Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.
Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.
Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.
PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.
PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.
Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

pelajar univesiti dihalang berpolitik walau usia 30 tahun?


Kain rentang di pusat SMM dirampas
Abdul Rahim Sabri Oct 9, 09 6:25pm
Kanopi pusat Gerakan Mahasiswa yang dikendalikan oleh anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Bagan Pinang diserbu sekali lagi oleh pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tengahari semalam.Ahli Majlis Tertinggi SMM, Muhammad Hilman Idham berkata, seorang pegawai KPT tiba dengan tiga anggota polis ke tempat tersebut di Batu 6 ½ Jalan Pantai Teluk Kemang pada jam 1 tengahari.Sewaktu itu, katanya, dua anggota SMM yang kebetulan berada tidak jauh dari situ, hanya memerhati ketibaan mereka.Katanya, beliau tidak berada di situ tetapi dimaklumkan mengenai kedatangan pegawai KPT itu oleh rakan-rakannya.Muhammad Hilman berkata, beliau diberitahu bahawa pegawai KPT tersebut adalah individu yang sama yang datang kelmarin.Katanya, pegawai KPT itu dilihat menurunkan kain rentang bertulis - Pusat Gerakan Mahasiswa yang dipasang di hadapan kanopi tersebut - serta beberapa kain rentang yang memaparkan tulisan "E-Undi" dengan tanda pangkah.Bagaimanapun, katanya, kanopi, kerusi dan meja di situ tidak disentuh.Muhammad Hilman berkata, selepas kira-kira setengah jam, pegawai KPT dan anggota polis berkenaan beredar dari situ.Katanya, apabila beliau tiba di situ pada jam 6.50 petang semalam, kelihatan sebuah kereta polis, dengan anggota di dalamnya, berada berhampiran kanopi tersebut.Muhamad Hilman berkata, beliau tidak masuk ke kanopi tersebut dan hanya memantau keadaan dari jauh.Mengulas lanjut, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai usaha untuk "menakut-nakutkan mahasiswa" yang mendesak kementerian membatalkan pelaksanaan sistem pengundian E-Undi dalam pilihanraya kampus kali ini.

PAS diserang

Selepas dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kanan Umno, PAS hari ini mendedahkan aduan polis oleh seorang penyokongnya yang mendakwa dipukul sekumpulan penyokong BN dalam insiden di markas Pemuda PAS di Bagan Pinang, awal pagi semalam.Aduan tersebut, yang dikeluarkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menyebut empat petugas PAS dihalang semasa menaiki kereta dan dipukul oleh sekumpulan penyokong BN.Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi, berdasarkan maklumat aduan polis yang dibuat Abu Said Elias, insiden itu bermula apabila markas berkenaan diserang oleh penyokong parti lawan.Beliau menuju ke markas di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson bersama tiga rakannya setelah menerima panggilan daripada seorang lagi rakannya yang mengatakan bilik gerakan tersebut diserang oleh penyokong BN, laporan polis itu dipetik."Saya bersama tiga orang kawan saya iaitu Mohammad Azwan, Mohd Aafiffuddin dan Ahmad Izzuddin menuju ke lokasi disebutkan menggunakan kereta," kata Abu Said dalam aduannya.Tambahnya, berdasarkan aduan tersebut yang dibuat kira-kira setengah jam selepas kejadian, keempat-empat mereka telah dihalang oleh sekumpulan penyokong BN sebelum sampai ke lokasi berkenaan."Dalam keadaan tidak terkawal, saya dan rakan-rakan telah dipukul oleh kumpulan tersebut dan menyebabkan beberapa bahagian badan kami semua sakit," kata Abu Said.Mengulas aduan berkenaan, Salahuddin berkata kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhenti mengeluarkan kenyataan yang dapat mempengaruhi siasatan polis."Selepas kejadian itu, terus kita buat laporan polis. "Jadi janganlah menteri dalam negeri bersandiwara juga dan menganggap perkara itu tidak penting dan mempermain-mainkan seolah-olah tidak wujud kejadian itu," katanya dalam sidang media harian di markas induk jentera pilihan raya PAS DUN Bagan Pinang."Kita minta supaya pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya." Hishammuddin dilaporkan berkata beliau mengetahui pihak yang melakukan provokasi tersebut dan "mereka kemudian menuduh pihak lain (BN) dan juga polis, sedangkan kejadian yang berlaku disebabkan tindakan mereka (PAS) sendiri."Jelas Salahuddin lagi, mangsa-mangsa berkenaan membuat sekurang-kurangnya lima laporan polis selepas kejadian dan aduan-aduan polis itu akan didedahkan secara berperingkat-peringkat."Paling tidak, kita ada lima laporan polis yang dibuat. Maknanya polis mesti buat bertindak atas laporan itu," katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Pengundi muda jadi taruhan PAS-BN di Bagan Pinang


Dalam masa kurang daripada 48 jam, 13,664 pengundi di Bagan Pinang akan menentukan siapa yang bakal dipilih sebagai wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), di Negeri Sembilan.Jentera pilihan raya kedua-dua parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS kini semakin giat mengadakan ceramah perdana dengan menurunkan para pemimpin kanan parti bagi memanfaatkan tempoh berkempen lapan hari yang mesti ditamatkan pada tengah malam hari Sabtu.Banyak pihak berpendapat bahawa pada masa ini pengundi sudahpun membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih pada pilihan raya kecil Ahad ini namun kedua-dua belah pihak masih tidak berputus asa berusaha menambah sokongan atau mengekalkan sokongan yang diperoleh.Salah satu daripada perkara yang mungkin menarik perhatian pemerhati politik pada pilihan raya kecil kesembilan sejak pilihan raya umum 2008 kali ini ialah bagaimana pengundi muda akan membuat keputusan mereka.Pengundi muda yang berusia 40 tahun ke bawah mewakili kira-kira 50 peratus daripada jumlah pengundi di Bagan Pinang, dikatakan menjadi taruhan akhir BN dan PAS bagi menentukan sama ada "status quo" kawasan itu kekal atau PAS membuat kejutan di kubu BN ini.Dalam kelompok pengundi muda ini pula, mereka yang berada dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan yang paling ramai, yang mewakili kira-kira 27 peratus.Kedua-dua parti yang bertanding nampaknya optimis bahawa pengundi muda memihak kepada mereka namun bagi pemerhati politik sentimen golongan itu masih belum jelas."Saya kira pengundi muda "play safe". Nampaknya BN dan PAS perlu kerja keras untuk mendapatkan undi mereka," kata pemerhati politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama.Keputusan pilihan raya kecil Ahad ini juga akan dapat merungkai persoalan sejauhmanakan benarnya pendapat bahawa pengundi muda merupakan kumpulan yang "anti-establishment" dan idealistik atau bersikap rasional dan realistik.Difahamkan bahawa 55 peratus sokongan pengundi muda memihak kepada PAS pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 di Bagan Pinang namun calon BN Azman Mohammad Noor (BN) tetap berjaya mempertahankan kerusi DUN itu setelah menewaskan Ramli Ismail (PAS) dengan majoriti 2,333 undi.Kali ini, BN mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga anak tempatan, manakala PAS diwakili pesuruhjaya negerinya, Zulkefly Mohamad Omar, dari Lenggeng, Negeri Sembilan.Pada pilihan raya umum lepas juga, pengundi muda khususnya pengundi India, di empat ladang; Ladang Atherthon, Ladang Bradwall, Pekan Siliau dan Sua Betong, dikatakan mengundi calon lawan BN kerana faktor emosi.Perkara ini diakui seorang pekerja ladang di Siliau, S. Ganasegaran, 29, ketika ditemui baru-baru ini yang menyatakan beliau mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lalu kerana marahkan tindakan kerajaan menahan pemimpin Hindraf."(Pemimpin) Hindraf sudah lepas, tak marah BN lagi" katanya ketika ditemui di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau, merujuk kepada tindakan kerajaan membebaskan semua pemimpin pertubuhan haram itu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini.Ladang Siliau mempunyai kira-kira 700 pengundi, antaranya isteri Ganasegaran, S. Mariamma, 25, yang akan mengundi buat kali pertama di Bagan Pinang Ahad ini.Merahsiakan parti yang disokongnya, ibu kepada enam anak kecil itu berkata beliau akan mengundi demi masa depan anak-anaknya dan bukan kerana emosi seperti suaminya.Sepertimana pada pilihan raya sebelum ini, sentimen pengundi muda agak mencabar untuk diramal malah ia boleh berubah di saat-saat akhir, lebih-lebih lagi melalui permainan taktik kotor.Pemerhati politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, dari Universiti Sains Malaysia (USM), yang turut mengakui hakikat ini berharap masyarakat akan menolak "politik tidak berhemah" yang semata-mata bertujuan meraih undi simpati terutama pengundi atas pagar."Apakah hanya untuk mendapat sokongan, kita korbankan adat susila kita. Matlamat menghalalkan cara?" soal beliau merujuk kepada dakwaan insiden pergaduhan membabitkan penyokong kedua-dua parti itu baru-baru ini.- Bernama

Marilah Sertai AIP Soal Selidik Dalam

tip kejayaan

ATAS NAMA ALLAH SWTLima TIPS Kejayaan HAKIKI:1.Memurnikan AKIDAH2.Memuliakan AKHLAK3.Istiqamah(berterusan) dalam AMALAN4.PENGORBANAN HARTA5.PENGORBANAN DIRIConfirm PAS MeNAKLUK Bagan Pinang!!!ISLAM PASti MENANG.ALLAH SWT Bersama-sama Kita.Wahai Para PERAJURIT...TAKBIR!TAHMID!TASBIH!ISTIGHFAR!

Lapuran dari Sukma


Perkara biasa apabila kegelapan mencemburui fajar reformasi:Sesekali terdengar kokokan ayam.sesekali terdengar salakan anjing.
Apa yang menjadi permandangan indah di Bagan Pinang bertemulah tiga parti pakatan rakyat yang menggabungkan beribu-ribu pejuang-pejuang rakyat dengan kibaran bendera hijau, biru muda dan roket. SPR maha effektif dari PBT, mengamalkan dasar pecah belah dengan isu deposit kempen. tetapi itu yang menjadikan ribuan jiwa kian tabah jadinya.
Apakah yang dimaksudkan dengan sebenar-benar ketabahan (courage)?
Adakah ia memandu kereta formula 1 pada 200 batu sejam?Atau menerbangkan sebuah Sukhoi Su-30MKM pada kelajuan 2 Mach? (1 Mach = 1,230 km/j)
Adakah ia untuk memanjat Menara Berkembar Petronas setelah gagal pada tahun 1997 dan 2007?Atau melompat dari Menara Kuala Lumpur untuk terjunan bungee?
Adakah ia menggadaikan maruah keluarga, seluruh usaha tenaga bersekongkol dengan ketua yang mungkar, kroni yang mungkar dan anak yang mungkar ?Atau menyerang kembali boss anda yang menyimpan kesumat dendam untuk memusnahkan anda di saat akhir?
Anwar Ibrahim, Nelson Mandala dan Mathma Ghandi- negarawan-negarawan ini ‘iconic’, diselusuri perjuangan, dicontohi dikagumi kerana ketabahan. Anda semua pembaca bijak sejarah orang merdeka dan anda tahu saudara Anwar Ibrahim lebih hebat dari ketiga-tiga negarawan itu.
Bayangkan ketika DSAI menerima tumbukan demi tumbukan dari IGP sementara rakan-rakannya hanya memerhatikannya. Bayangkan lelaki ini terhuyung ketika penumbuk singgah menggalas di soket matanya. Khalifah silat ini terdorong dan jatuh terduduk dengan kedua tangan terikat ke kerusi, bagaikan rusa dikandar.
Berita ini lekas pula menjalar malah dengan cepat pula sampai ke pengetahuan anak isteri pejuang-pejuang reformasi. Darah pantas melonjak-lonjak hingga ke muka anak-anak suami-suami yang tercinta tempat menumpahkan harapan hidup.
Bagaimanakah sekiranya keadilan rakyat itu, kuasa itu kita berikan kepada DSAI bukan kepada algojo gestapo UMNO itu.
IGP itu boteh bebobek, dai betomin, tingga banglo, api dalam goleh, ayor dalam bosi. IGP dan’boteh bebobek’nya itu kita kebumikan segala pangkat dan pencen dan dia berlalu tanpa kata selamat dan tanda kasih apatah lagi pancaran kekaguman selama menjadi peranti ‘ditaktor’. Masing-masing merasakan semacam kelapangan dan mereka menyambung semula pekerjaan dan dalam diam-diam mendoakan keselamatan ‘de factor’ yang kita kasihi.
DSAi kemudiannya dikaitkan dengan tilam. Dikaitkan dengan isteri orang. Dia ‘dibogelkan’oleh bapak segala konspirator sedang sekeliling masyarakat dunia memerhati. Tabahkah anda untuk berkata tidak kepada 50 tuduhan ciptaan sebuah buku? Tabahkah anda melihat sejuta orang digunakan untuk menjatuhkan anda? Jutaan jiwa-jiwa besar bertempik dan menangis menyokong reformasi ini. DSAi adalah orang merdeka dan sebagai orang merdeka dia berjuang. Ini sejarah orang merdeka!
aebab itu, kepada semua pendokong-pendokong kuasa rakyat, sebahagian besar tekanan ke atas pakatan rakyat, kita tidak letak semuanya atas majlis pimpinan pakatan rakyat. Kerana reformasi ini kita yang dokong, kita yang letakkan ke landasan yang lurus. ‘Spoiled brats’ tidak akan faham kenapa semangat luhur ini tidak padam-padam. ‘Spoiled brats’ tidak akan faham jiwa orang merdeka!
anasir-anasir kroni-kroni umno ini laparkan kontrak dan rasuah. kontrak dan rasuah adalah ‘tuhan’ mereka. Dapat kontrak dengan MCA, MIC, mereka alibabakan. bak kata orang nogori “kalau den ado rezeki den sobat laie”. mereka ini diibaratkan penjual lemang satu bulan hidup senang satu tahun. mereka ada lemang berharga RM15 dan RM8. RM5 pun ada. kalau lemangnya masak rata di tengah tengah, itu tidak mengapa. tetapi tuan-tuan sedia maklum. tuan-tuan sudah sekian lama menjadi pembeli lemang-lemang ini. bertahun lamanya tuan-tuan bertanya kepada diri sendiri kenapa beli jika santannya bercampur air??? kenapa beli sekiranya buluhnya hangus??? kenapa perlu membeli sekiranya sipenjual langsung tidak mengetuknya untuk meratakan isi. (Ya, sipenjual bingkas menjawab, tapi itu lemang segera ala doremon. kroni-kroninya membalas “tapi dengan menjual lemang, kelapa tua sipolan laku, beras pulut si anu laku, kayu getah si ..apanama laku”. Kita diam.
Lemang-lemang ini tuan-tuan, kita beli dua kali setahun untuk jamuan ahli keluarga dan sahabat handai yang makin bertambah. sekilas tetamu melihat, mereka tahu sipenjual cuba mengaut untung. Sebab? bahagian tengah mentah. Bila dipotong, lemangnya berderai tak tersusun. Tapi kita tahu juga sipenjual lemang tidak berniaga kalau tidak kerana hari raya. Kita diam.
sekarang datang satu penjual lemang yang memasak kerana Allah, santannya pekat, isinya padat, pakai daun pisang hijau muda, siap ada penutup untuk ‘opening’. tak jemu-jemu menyelerakkan bara dan mengetuk2 buluh lemang. sang isteri bertudung labuh di sisi turut mengambil bahan dari peraih-peraih yang sama dengan harga yang sama. Memakan isinya bagaikan kita yang memasak sendiri-pengalaman yang tidak mungkin berulang. kita sedar bila tetamu datang saling berganti memuji ia melazatkan kena pula dengan rendang yang cukup sifatnya. ditakdir tuhan, sipenjual itu namanya Komeng, tempat tinggal dinamakan kemang, seisi kampung nak panggil dengan nama lemang komeng kemang kerana kita nak paten lemang itu dengan kemang. Dengan sipenjual baru komeng ini, kita nak upgrade nama baik kemang dengan lemang yang enak. Hal ini serupa dengan rawatan botol haji beranang ataupun ketam bercili Singapura. Bukannya semua orang Singapura tahu masak ketam bercili. Tapi mereka bangga dengan keaslian tersebut.
Itu namanya pengalaman tuan-tuan. Pengalaman tuan-tuanlah mengajar sikap dan gerak UMNO. Tuan-tuan kenal kroni-kroni ini datang untuk mendapatkan undi dari tuan-tuan dan menunjukkan sikap yang pura-pura. Tuan-tuan kenal umno yang mendekati pengundi dengan niat memiliki kuasa undi pengundi itu untuk nanti meninggalkannya. Sekarang orang kampung lebih senang. Ada daging ada ubi ada pisang. Orang-orang bandar datang mantai membeli daging. Dalam Annuar Musa dapat melepaskan diri dari disabit salahurus jutaan wang RISDA, UMNO terus mengendeng titik peluh FELDA. Kalau orang yang tiba-tiba merayu untuk anda walhal tuan-tuan tak perlukan rayuan, tuan-tuan tahu sendiri tuan-tuan hendak dipergunakan. Tuan-tuan juga cukup bijaksana untuk mengetahui niat yang jujur untuk memohon kuasa undi di samping memberikannya dengan rasa puas juga.
Bahang kejatuhan UMNO sekian lama sekian terasa. Sebab itu bila nak bersuara, semua pemimpin dari bawah gunakan nama NGO itu NGO ini, masing-masing rasa lemah kalau guna nama UMNO. Macam tak ada harga, cuma sentimental value, klise, orang mudah lupa. Timbalan dan kesemua naib presiden umno, semuanya menunjukkan kelemahan jentera politik (kecuali di Terengganu yang tak payah diuji). DS Najib sudah memutuskan untuk menunjukkan kepada umum bahawa dia adalah ’shadow’ Tun Dr. Mahathir dan gunakan strategi ‘budak baru belajar’ untuk berlindung di bawah ketiak ‘bapak segala konspirator (’tuan tanah’ pecah belah dan perintah’) demi nama baik legasi ayahandanya. Dengan orang Malaysia lakibini tunjuk baik, luar Malaysia, pergi ke France buat PR cuba nak cuci dosa sendiri. EU sudah sekian lama mengungguli pembinaan senjata dan jet pejuang, ini industri mereka, dari sosialist, liberalist, demokrat hingga ke konservatif, mereka buang sempadan politik buat penyelidikan hingga terciptanya eurofighter, mereka tahu hal sebenar DS Najib dan perempuan Monggolia ini. Macam France sebagai kuasa veto dunia, menunggu untuk mengetahui projek Bakun Malaysia itu. DS Najib cuma datang atas perbelanjaan rakyat, nak tunjuk betapa rapat kononya dengan Carla Bruni, formal macam VVIP lain dan duduk satu bilik dan bagi solution France yang merepek2 kepada media – Carla Bruni adalah bayangan Jackie Kennedy – anda fikir Rosmah Mansur mempuyai kualiti seperti mereka? DSAI dah lama tahu dan memberi tahu kita perihal semua ini; yang dah menjangkakan ia akan berlaku seperti Datuk Shahrir Samad, awal-awal bersyukur dia dapat ‘cabut lari’. Datuk Mustapa Mohamed pada 23 Sep 2009 mendedahkan strategi kerajaan untuk melahirkan sejuta pelajar untuk menjadi pelapis pemimpin UMNO. Janji lagi. Mengenepikan konteks raja berperlembagaan, Sultan Pahang menyeru sokongan kepada Barisan Nasional secara terbuka di Kuala Kurau. Dalam masa ekonomi yang belum pulih, ramai wartawan bagus ditarik kembali ke ‘politik desk’. media masa rebrand Tun Dr. Mahathir sebagai ‘negarawan’(semasa wartawan2 berkobar2 pro semangat 46 dulu pun rebrand Tunku Abdul Rahman sebagai ‘negarawan’, tak berjaya ‘politic label’ini). YB Pasir Mas menerusi NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), cepat2 menjilat dengan cadangan dilantik Tun sebagai ‘penasihat kerajaan secara rasmi’. (Emosional Datuk Ibrahim Ali nie, sampai tak boleh berfikir dengan betul, teringat 10 tahun dulu Datuk Ibrahim Ali nie kalah debat dengan student law dalam ntv7 terus forum debat tue dimatikan dan tidak disambung -baik PR bawa masuk ex-student nie bertanding dengan Datuk Ibrahim Ali_kita boleh putar balik malam debat itu siang dan malam pada PRU-13 di Pasir Mas). Kepada pelabur2 dan pengundi2 pula, Malaysia mempunyai dua perdana menteri – perdana menteri sampai mati dan perdana menteri bayangan. Tambahan pula Tun jadi penasihat Petronas. Dua-dua ‘Sith’ dari UMNO, dua-dua jari jemari kegelapan mahu ditolak! Isyarat2 ‘jidaigeki’ luar biasa ini menunjukkan bahawa sokongan pemimpin dan pengundi luar dan dalam negara kepada Barisan Nasional semakin hari semakin merosot. Kita tidak hairan jika BN dan SPR akan meneliti jejak Australia mahu menurunkan usia mengundi dari 18 tahun kepada 16 tahun kerana ketandusan sokongan majoriti. Sementara menanti budak-budak yang duk menghafal buku sejarah hingga dibolehkan mengundi itulah anasir-anasir pewaris dan pekida diprovokasi jadi ‘gerila bawah payungan barisan peguam’ menentang pakatan rakyat.
Reply

Rasuah kini rakyat sedar

Syabas buat rakyat Malaysia yang menitikberatkan kepimpinan bersih dari rasuah sebagai syarat utama menilai pentadbiran yang memerintah!
Berdasarkan bancian dan tinjauan pendapat yang dikelola Merdeka Centre jelas memperlihatkan hasrat rakyat agar rasuah sirna dan tidak membarah seumpama wabak yang membunuh.
Tatkala wacana ekonomi sejagat sarat dengan anjuran mengangkat nilai dan etika sebagai salah satu langkah menjamin kelangsungan kemakmuran, pimpinan negara seakan-akan tuli dari saranan sedemikian.
Kedudukan negara yang merosot dari tempat 43 ke 47 apabila dinilai Indeks Persepsi Rasuah tidak membantu kita pulih dari kelembapan ekonomi.
Janji perubahan tergelincir rebah bukti longgarnya iltizam pemerintah. Rupa-rupanya mantera perubahan hanya demi imbuhan politik.
Mana tidaknya, ketika dicanang segenap pelusuk agenda baru buat negara, bakal calon yang dipilih adalah dari kalangan perasuah. Namun rakyat sedar permainan politik sebegini dan mereka pastinya menghitung waktu untuk menghukum.
ANWAR IBRAHIM