Perkara biasa apabila kegelapan mencemburui fajar reformasi:Sesekali terdengar kokokan ayam.sesekali terdengar salakan anjing. Apa yang menjadi permandangan indah di Bagan Pinang bertemulah tiga parti pakatan rakyat yang menggabungkan beribu-ribu pejuang-pejuang rakyat dengan kibaran bendera hijau, biru muda dan roket. SPR maha effektif dari PBT, mengamalkan dasar pecah belah dengan isu deposit kempen. tetapi itu yang menjadikan ribuan jiwa kian tabah jadinya. Apakah yang dimaksudkan dengan sebenar-benar ketabahan (courage)? Adakah ia memandu kereta formula 1 pada 200 batu sejam?Atau menerbangkan sebuah Sukhoi Su-30MKM pada kelajuan 2 Mach? (1 Mach = 1,230 km/j) Adakah ia untuk memanjat Menara Berkembar Petronas setelah gagal pada tahun 1997 dan 2007?Atau melompat dari Menara Kuala Lumpur untuk terjunan bungee? Adakah ia menggadaikan maruah keluarga, seluruh usaha tenaga bersekongkol dengan ketua yang mungkar, kroni yang mungkar dan anak yang mungkar ?Atau menyerang kembali boss anda yang menyimpan kesumat dendam untuk memusnahkan anda di saat akhir? Anwar Ibrahim, Nelson Mandala dan Mathma Ghandi- negarawan-negarawan ini ‘iconic’, diselusuri perjuangan, dicontohi dikagumi kerana ketabahan. Anda semua pembaca bijak sejarah orang merdeka dan anda tahu saudara Anwar Ibrahim lebih hebat dari ketiga-tiga negarawan itu. Bayangkan ketika DSAI menerima tumbukan demi tumbukan dari IGP sementara rakan-rakannya hanya memerhatikannya. Bayangkan lelaki ini terhuyung ketika penumbuk singgah menggalas di soket matanya. Khalifah silat ini terdorong dan jatuh terduduk dengan kedua tangan terikat ke kerusi, bagaikan rusa dikandar. Berita ini lekas pula menjalar malah dengan cepat pula sampai ke pengetahuan anak isteri pejuang-pejuang reformasi. Darah pantas melonjak-lonjak hingga ke muka anak-anak suami-suami yang tercinta tempat menumpahkan harapan hidup. Bagaimanakah sekiranya keadilan rakyat itu, kuasa itu kita berikan kepada DSAI bukan kepada algojo gestapo UMNO itu. IGP itu boteh bebobek, dai betomin, tingga banglo, api dalam goleh, ayor dalam bosi. IGP dan’boteh bebobek’nya itu kita kebumikan segala pangkat dan pencen dan dia berlalu tanpa kata selamat dan tanda kasih apatah lagi pancaran kekaguman selama menjadi peranti ‘ditaktor’. Masing-masing merasakan semacam kelapangan dan mereka menyambung semula pekerjaan dan dalam diam-diam mendoakan keselamatan ‘de factor’ yang kita kasihi. DSAi kemudiannya dikaitkan dengan tilam. Dikaitkan dengan isteri orang. Dia ‘dibogelkan’oleh bapak segala konspirator sedang sekeliling masyarakat dunia memerhati. Tabahkah anda untuk berkata tidak kepada 50 tuduhan ciptaan sebuah buku? Tabahkah anda melihat sejuta orang digunakan untuk menjatuhkan anda? Jutaan jiwa-jiwa besar bertempik dan menangis menyokong reformasi ini. DSAi adalah orang merdeka dan sebagai orang merdeka dia berjuang. Ini sejarah orang merdeka! aebab itu, kepada semua pendokong-pendokong kuasa rakyat, sebahagian besar tekanan ke atas pakatan rakyat, kita tidak letak semuanya atas majlis pimpinan pakatan rakyat. Kerana reformasi ini kita yang dokong, kita yang letakkan ke landasan yang lurus. ‘Spoiled brats’ tidak akan faham kenapa semangat luhur ini tidak padam-padam. ‘Spoiled brats’ tidak akan faham jiwa orang merdeka! anasir-anasir kroni-kroni umno ini laparkan kontrak dan rasuah. kontrak dan rasuah adalah ‘tuhan’ mereka. Dapat kontrak dengan MCA, MIC, mereka alibabakan. bak kata orang nogori “kalau den ado rezeki den sobat laie”. mereka ini diibaratkan penjual lemang satu bulan hidup senang satu tahun. mereka ada lemang berharga RM15 dan RM8. RM5 pun ada. kalau lemangnya masak rata di tengah tengah, itu tidak mengapa. tetapi tuan-tuan sedia maklum. tuan-tuan sudah sekian lama menjadi pembeli lemang-lemang ini. bertahun lamanya tuan-tuan bertanya kepada diri sendiri kenapa beli jika santannya bercampur air??? kenapa beli sekiranya buluhnya hangus??? kenapa perlu membeli sekiranya sipenjual langsung tidak mengetuknya untuk meratakan isi. (Ya, sipenjual bingkas menjawab, tapi itu lemang segera ala doremon. kroni-kroninya membalas “tapi dengan menjual lemang, kelapa tua sipolan laku, beras pulut si anu laku, kayu getah si ..apanama laku”. Kita diam. Lemang-lemang ini tuan-tuan, kita beli dua kali setahun untuk jamuan ahli keluarga dan sahabat handai yang makin bertambah. sekilas tetamu melihat, mereka tahu sipenjual cuba mengaut untung. Sebab? bahagian tengah mentah. Bila dipotong, lemangnya berderai tak tersusun. Tapi kita tahu juga sipenjual lemang tidak berniaga kalau tidak kerana hari raya. Kita diam. sekarang datang satu penjual lemang yang memasak kerana Allah, santannya pekat, isinya padat, pakai daun pisang hijau muda, siap ada penutup untuk ‘opening’. tak jemu-jemu menyelerakkan bara dan mengetuk2 buluh lemang. sang isteri bertudung labuh di sisi turut mengambil bahan dari peraih-peraih yang sama dengan harga yang sama. Memakan isinya bagaikan kita yang memasak sendiri-pengalaman yang tidak mungkin berulang. kita sedar bila tetamu datang saling berganti memuji ia melazatkan kena pula dengan rendang yang cukup sifatnya. ditakdir tuhan, sipenjual itu namanya Komeng, tempat tinggal dinamakan kemang, seisi kampung nak panggil dengan nama lemang komeng kemang kerana kita nak paten lemang itu dengan kemang. Dengan sipenjual baru komeng ini, kita nak upgrade nama baik kemang dengan lemang yang enak. Hal ini serupa dengan rawatan botol haji beranang ataupun ketam bercili Singapura. Bukannya semua orang Singapura tahu masak ketam bercili. Tapi mereka bangga dengan keaslian tersebut. Itu namanya pengalaman tuan-tuan. Pengalaman tuan-tuanlah mengajar sikap dan gerak UMNO. Tuan-tuan kenal kroni-kroni ini datang untuk mendapatkan undi dari tuan-tuan dan menunjukkan sikap yang pura-pura. Tuan-tuan kenal umno yang mendekati pengundi dengan niat memiliki kuasa undi pengundi itu untuk nanti meninggalkannya. Sekarang orang kampung lebih senang. Ada daging ada ubi ada pisang. Orang-orang bandar datang mantai membeli daging. Dalam Annuar Musa dapat melepaskan diri dari disabit salahurus jutaan wang RISDA, UMNO terus mengendeng titik peluh FELDA. Kalau orang yang tiba-tiba merayu untuk anda walhal tuan-tuan tak perlukan rayuan, tuan-tuan tahu sendiri tuan-tuan hendak dipergunakan. Tuan-tuan juga cukup bijaksana untuk mengetahui niat yang jujur untuk memohon kuasa undi di samping memberikannya dengan rasa puas juga. Bahang kejatuhan UMNO sekian lama sekian terasa. Sebab itu bila nak bersuara, semua pemimpin dari bawah gunakan nama NGO itu NGO ini, masing-masing rasa lemah kalau guna nama UMNO. Macam tak ada harga, cuma sentimental value, klise, orang mudah lupa. Timbalan dan kesemua naib presiden umno, semuanya menunjukkan kelemahan jentera politik (kecuali di Terengganu yang tak payah diuji). DS Najib sudah memutuskan untuk menunjukkan kepada umum bahawa dia adalah ’shadow’ Tun Dr. Mahathir dan gunakan strategi ‘budak baru belajar’ untuk berlindung di bawah ketiak ‘bapak segala konspirator (’tuan tanah’ pecah belah dan perintah’) demi nama baik legasi ayahandanya. Dengan orang Malaysia lakibini tunjuk baik, luar Malaysia, pergi ke France buat PR cuba nak cuci dosa sendiri. EU sudah sekian lama mengungguli pembinaan senjata dan jet pejuang, ini industri mereka, dari sosialist, liberalist, demokrat hingga ke konservatif, mereka buang sempadan politik buat penyelidikan hingga terciptanya eurofighter, mereka tahu hal sebenar DS Najib dan perempuan Monggolia ini. Macam France sebagai kuasa veto dunia, menunggu untuk mengetahui projek Bakun Malaysia itu. DS Najib cuma datang atas perbelanjaan rakyat, nak tunjuk betapa rapat kononya dengan Carla Bruni, formal macam VVIP lain dan duduk satu bilik dan bagi solution France yang merepek2 kepada media – Carla Bruni adalah bayangan Jackie Kennedy – anda fikir Rosmah Mansur mempuyai kualiti seperti mereka? DSAI dah lama tahu dan memberi tahu kita perihal semua ini; yang dah menjangkakan ia akan berlaku seperti Datuk Shahrir Samad, awal-awal bersyukur dia dapat ‘cabut lari’. Datuk Mustapa Mohamed pada 23 Sep 2009 mendedahkan strategi kerajaan untuk melahirkan sejuta pelajar untuk menjadi pelapis pemimpin UMNO. Janji lagi. Mengenepikan konteks raja berperlembagaan, Sultan Pahang menyeru sokongan kepada Barisan Nasional secara terbuka di Kuala Kurau. Dalam masa ekonomi yang belum pulih, ramai wartawan bagus ditarik kembali ke ‘politik desk’. media masa rebrand Tun Dr. Mahathir sebagai ‘negarawan’(semasa wartawan2 berkobar2 pro semangat 46 dulu pun rebrand Tunku Abdul Rahman sebagai ‘negarawan’, tak berjaya ‘politic label’ini). YB Pasir Mas menerusi NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), cepat2 menjilat dengan cadangan dilantik Tun sebagai ‘penasihat kerajaan secara rasmi’. (Emosional Datuk Ibrahim Ali nie, sampai tak boleh berfikir dengan betul, teringat 10 tahun dulu Datuk Ibrahim Ali nie kalah debat dengan student law dalam ntv7 terus forum debat tue dimatikan dan tidak disambung -baik PR bawa masuk ex-student nie bertanding dengan Datuk Ibrahim Ali_kita boleh putar balik malam debat itu siang dan malam pada PRU-13 di Pasir Mas). Kepada pelabur2 dan pengundi2 pula, Malaysia mempunyai dua perdana menteri – perdana menteri sampai mati dan perdana menteri bayangan. Tambahan pula Tun jadi penasihat Petronas. Dua-dua ‘Sith’ dari UMNO, dua-dua jari jemari kegelapan mahu ditolak! Isyarat2 ‘jidaigeki’ luar biasa ini menunjukkan bahawa sokongan pemimpin dan pengundi luar dan dalam negara kepada Barisan Nasional semakin hari semakin merosot. Kita tidak hairan jika BN dan SPR akan meneliti jejak Australia mahu menurunkan usia mengundi dari 18 tahun kepada 16 tahun kerana ketandusan sokongan majoriti. Sementara menanti budak-budak yang duk menghafal buku sejarah hingga dibolehkan mengundi itulah anasir-anasir pewaris dan pekida diprovokasi jadi ‘gerila bawah payungan barisan peguam’ menentang pakatan rakyat. Reply |
Friday, October 9, 2009
Lapuran dari Sukma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment